Forum Maal Hijrah 1431H

Posted by K-Bestari Kpg Narum pada Januari - 31 - 2010

Program Forum ini bersempena sambutan Maal Hijrah dengan tajuk "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah" yang telah disampaikan oleh 3 panel jemputan pada 29 Januari 2010 di Surau At Taqwa Kpg Narum

Program Sepakat Bestari 2009

Posted by KELAB SETIA SMK MARUDI pada November - 16 - 2009

Program Sepakat Bestari anjuran Komuniti Bestari Daerah Baram pada 7 November 2009 di Dataran Marudi

Gotong Royong Sepakat Bestari 2009

Posted by KB Narum On November - 1 - 2009

Gotong Royong ini bersempena Program Sepakat Bestari telah diadakan di Balai Raya Kpg Narum pada 1 November 2009. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Baram, En. Joseph Belayong. Turut serta KB Kpg Pemindahan, Majlis Daerah Marudi, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Persatuan-Persatuan yang ada di Kpg Narum

Info Bestari Kpg Narum

Posted by KB Narum On Oktober - 31 - 2009

Majlis Dialog bersempena Info Bestari, berlangsung pada 31 Oktober 2009, bertempat di Balai Raya Kpg Narum. Dirasmikan oleh Pegawai Daerah Baram, En. Joseph Belayong.

Pasar Ria KB Kpg Narum

Posted by KB Narum On Jun - 30 - 2009

Ia diadakan pada setiap penghujung bulan dan julung kali diadakan pada Jun 2009. Ia bagi menggalakan lebih ramai ahli melibatkan diri untuk menjadi usahawan secara kecil-kecilan disamping menjana ekonomi penduduk setempat

Forum Maal Hijrah 1431H

oleh k1mnarum On 2:53 AM 0 komen

Forum ini bersempena sambutan Maal Hijrah 1431H anjuran Surau At Taqwa, Kpg Narum dengan penglibatan bersama K-Bestari Kpg Narum yang berlangsung pada 29 Januari 2010 di Surau At Taqwa. Forum Maal Hijrah 1431H ini membincangkan tajuk "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah" yang telah disampaikan oleh 3 panel jemputan iaitu Ustaz Haji Abd Rahim bin Rashid, Ustaz Dr. Amin Wahid dan Ustaz Haji Mohd. Rasedi bin Mahmud yang telah dipengerusikan oleh Cikgu Hairme bin Ali.

Turut bersama pada malam tersebut, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Miri, Ustaz Jamaludin bin Hj Taim yang turut menyampaikan ucapan penangguhan, Pengerusi Surau At Taqwa, Awg Safri bin Awg Ahmad, Penghulu Ayub bin Hassan dan Ketua Kaum Fauzi bin Hossen.

Pada malam tersebut turut membuat persembahan lagu nasyid oleh kumpulan nasyid oleh Soultul Insyirah (PERKIP Marudi).

Komuniti Bestari Kpg Narum, Marudi kini diterajui oleh Encik Mohd. Khalik bin Sanggat sebagai Pengerusi untuk sesi 2009-2011. Sejak ditubuhkan pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan dan diantaranya Program Ceramah Isu-Isu Semasa, Program Motivasi Pelajar, menyertai dengan menghantar pasukan Pertandingan Debat K-Bestari Negeri Sarawak, Info Bestari, Sepakat Bestari dan pelbagai lagi aktiviti.


    Video Menarik Hari Ini

    COPYRIGHT© 2009-2013 K1M KPG NARUM