Forum Maal Hijrah 1431H

Posted by K-Bestari Kpg Narum pada Januari - 31 - 2010

Program Forum ini bersempena sambutan Maal Hijrah dengan tajuk "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah" yang telah disampaikan oleh 3 panel jemputan pada 29 Januari 2010 di Surau At Taqwa Kpg Narum

Program Sepakat Bestari 2009

Posted by KELAB SETIA SMK MARUDI pada November - 16 - 2009

Program Sepakat Bestari anjuran Komuniti Bestari Daerah Baram pada 7 November 2009 di Dataran Marudi

Gotong Royong Sepakat Bestari 2009

Posted by KB Narum On November - 1 - 2009

Gotong Royong ini bersempena Program Sepakat Bestari telah diadakan di Balai Raya Kpg Narum pada 1 November 2009. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Baram, En. Joseph Belayong. Turut serta KB Kpg Pemindahan, Majlis Daerah Marudi, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Persatuan-Persatuan yang ada di Kpg Narum

Info Bestari Kpg Narum

Posted by KB Narum On Oktober - 31 - 2009

Majlis Dialog bersempena Info Bestari, berlangsung pada 31 Oktober 2009, bertempat di Balai Raya Kpg Narum. Dirasmikan oleh Pegawai Daerah Baram, En. Joseph Belayong.

Pasar Ria KB Kpg Narum

Posted by KB Narum On Jun - 30 - 2009

Ia diadakan pada setiap penghujung bulan dan julung kali diadakan pada Jun 2009. Ia bagi menggalakan lebih ramai ahli melibatkan diri untuk menjadi usahawan secara kecil-kecilan disamping menjana ekonomi penduduk setempat

Pembuatan Kerisik

oleh k1mnarum On 11:56 PM

Pembuatan Kerisik secara kecil-kecilan telah dijalankan oleh para wanita K-Bestari bagi meningkatkan pendapatan ekonomi mereka. Ia menjadi salah satu produk K-Bestari Kpg Narum dan dijalankan secara bergotong-royong mengikut permintaan semasa.


0 Response to "Pembuatan Kerisik"

Post a Comment

    Video Menarik Hari Ini

    COPYRIGHT© 2009-2013 K1M KPG NARUM